FREE DELIVERY to Semenanjung for purchase above RM150! LOG IN to enjoy! Shop Now!
icon-search
icon-search

Bagaimana nak membezakan antara Swarovski original dan bukan Swarovski?

Bagaimana nak membezakan antara Swarovski original dan bukan Swarovski?

Bagaimana nak membezakan antara Swarovski original dan bukan Swarovski?

Kebanyakan customer sekarang amat suka dengan tudung atau selendang yang ditambah dengan batu kristal. Terdapat banyak kualiti dan jenama batu kristal di pasaran sekarang tetapi customer  sudah sebati dengan nama Swarovski yang melambangkan keunggulan kualiti batu kristal. 

Dengan kebanjiran penggunaan kristal di pasaran, persoalan penting bagi customer bila sudah membayar harga yang tinggi adalah, "bagaimana nak membezakan antara Swarovski original dan bukan Swarovski?".

  1. KILAUAN
    Kristal Swarovski kalau diletakkan di bawah cahaya terang atau malap, masih menampakkan kilauan yang ketara. Jika dibandingkan dengan batu kristal murahan, memang ternampak perbezaan ketara antara keduanya. Bagaimanapun, terdapat batu kristal di pasaran yang juga mempunyai kilauan cerah hampir seperti Swarovski seperti Preciosa. Terdapat juga kristal Swarovski copy (non-original) di mana kilauan batu pun nampak terang buat seketika, sehingga tudung tersebut dibasuh berulang kali dan kristal menjadi pudar dan malap. Dalam kes-kes seperti ini, agak sukar untuk menilai sama ada kristal tersebut ialah Swarovski original ataupun tidak pada waktu pembelian.

    bawal coral 28.jpg


  2. TAPAK GAM
    Cara seterusnya untuk menentukan kesahihan kristal Swarovski ialah menerusi tapak gam hotfix batu tersebut. Kristal hotfix Swarovski terbaru kebanyakannya sudah menggunakan gam tipis berwarna merah jambu. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu sebelum bertukar ke gam merah jambu, Swarovski juga menggunakan tapak gam tebal berwarna kelabu. Sesetengah artikel di Internet terus mengatakan yang semua kristal bertapak kelabu adalah bukan Swarovski original. Kenyataan ini tidak tepat kerana masih terdapat stok lama kristal Swarovski bertapak kelabu di pasaran.

    Swarovski tapak pink.jpeg
    Swarovski tapak kelabu.jpeg

  3. POTONGAN KRISTAL
    Satu cara pasti yang dapat membezakan antara kristal Swarovski original dengan bukan original atau bukan Swarovski ialah potongan kristal tersebut (anda mungkin memerlukan kanta pembesar atau menggunakan kristal saiz besar untuk melihat perbezaan ini). Salah satu sebab kristal Swarovski memperoleh kilauan yang terang ialah melalui potongan kristal itu sendiri yang jauh berbeza daripada kristal lain. Lebih banyak 'mata' kristal, maka lebih berkilau kristal tersebut. Untuk kristal hotfix Swarovski, terdapat 2 potongan yang popular iaitu Xilion dan Xirius. Potongan Xirius adalah teknik potongan terbaru dari Swarovski. Gambar-gambar di bawah akan menunjukkan perbezaan antara Xilion, Xirius dan kristal bukan Swarovski.

    Swarovski Xilion Rose Cut.jpg
    Swarovski Xirius Rose Cut.jpg
    non-swarovski cutting.jpg

  4. SIJIL DARI SWAROVSKI
    Akhir sekali, customer boleh melihat atau bertanyakan tentang sijil pengiktirafan daripada Swarovski kepada butik/pembekal tersebut. Jika butik tersebut membeli daripada pembekal yang diiktiraf, boleh lah mendapatkan nama dan gambar pembekal tersebut. Jika butik tersebut adalah pembeli tegar dari jenama Swarovski, pihak Swarovski sendiri yang akan memberikan sijil pengiktirafan kepada butik tersebut. Setiap sijil perlu diperbaharui setiap tahun selepas pembuktian bahawa butik tersebut adalah pembeli tetap produk Swarovski. Butik Dirs berbangga dengan pengiktirafan daripada pihak Swarovski bagi tahun 2019. Berbelanjalah dengan kami untuk produk Swarovski dengan tenang hati!

    dirs ig swarovski cert 2019.jpgdirs IG swarovski cert 2018

Selamat berbelanja!

Untuk bacaan lebih lanjut:

https://www.swarovski-professional.com/en-WORLD/swarovski-elements-and-crystals

https://www.swarovski-professional.com/en-WORLD/crystal-innovations/xirius

Collection-2018-08-Flat-Backs-Hotfix-HIGH.pdf



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping